Blogroll

Selasa, 29 Mei 2012

Coretan Untuk Muslimah

Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah dengan limpah kasih sayang-Nya, dapatku garapkan sebuah coretan yang kuharapkan dapat dijadikan pedoman buat semua bidadari yang  kusayang, buat semua sahabat seperjuangan, Muslimah yang didambakan. Sebelum penaku menari-nari dengan lebih kencang, kumohon sejuta kemaafan andai ada kekhilafan dalam coretan tintaku ini. Sesungguhnya segala yang baik itu adalah daripada Allah S.W.T dan segala yang buruk itu adalah daripada kelemahanku sendiri.
Abu Darda Radhiyallahu ‘anhu berkata, “Sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku”.
Ukhtiku sayang, hidup ini dipenuhi dengan berbagai cobaan dan dugaan. Namun, ganjaran pasti akan mendatang. Beruntunglah buat mereka yang redha, sabar dan ikhlas menerima dugaan dari Tuhan. Usahlah dikau bermuram durja ukhtiku sayang. Tetaplah tersenyum dan berlaku manis meskipun segala-galanya terasa pahit. Bergembiralah ukhtiku sayang. Allah tidak akan sesekali mengkhianatimu. Tersenyumlah sentiasa, ia tidak menyakitkan malah ia pengubat hati yang sakit. Senyuman yang terukir di bibirmu itu bukan bererti kerana tiada masalah dalam  kehidupan, tetapi menunjukkan hatimu redha dengan setiap ketentuan-Nya. Allah Maha Mengetahui, Maha Mendengar rintihan hatimu. Dalam meniti arus kehidupan ini, masalah yang sentiasa bertandang perlulah ditangani dengan hati yang lapang. Untuk memiliki hati yang lapang dan tenang bukanlah senang bagi mereka yang telah jauh menyimpang dari jalan-Nya. Justeru itu, ukhtiku sayang, kembalilah pada ajaran Tuhan. “Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”. Carilah dan gapailah kembali keredhaan Ilahi yang menjanjikan kedamaian hatimu ukhti. Bacalah al-Quran dan fahamilah maknanya buat mengubat hati yang sakit. Beribadatlah sehingga dirimu terasa lelah dan letih untuk merasa sedih. “Alirkan air mata keduanya kerana takut kepada Allah. Sebab Dia tidak menyiksa dengan api neraka mata yang menangis kerana takut kepada-Nya”. Lantaran itu ukhtiku sayang, alirkanlah air matamu itu untuk sesuatu yang lebih berharga dan mempunyai harga yang tiada tandingannya yakni air mata yang menitis kerana kasih dan takut akan Pencipta-Nya. Allahurabbi..

Ukhtiku sayang,
Betapa sulit tuk bisa tersenyum saat hati menangis dan terhiris, tapi akan terasa indah bila kita menyedari itu sebahagian daripada kasih Ilahi.
Betapa sakit tuk bisa bangkit dalam keadaan terpuruk, tapi akan terasa indah ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya agar tumbuh besar dan kuat.
Betapa sulit tuk bisa memaafkan ketika kita disakiti dan dihina, tetapi akan terasa indah ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh untuk meraih awal kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai gantinya.
Betapa sulit tuk bisa menghilangkan duka kerana kehilangan, tapi akan terasa indah ketika menyedari bahawa Allah telah meminjamkan kepada kita beberapa saat untuk merasa bahagia.
Betapa sulit tuk bisa menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mencengkam, tapi akan terasa indah ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur dan menyedari itu sebahagian kasih Ilahi.
Benarlah Sabda Rasulullah S.A.W.
“ Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.”  ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Hati itu kadangkala perlu diketuk dengan dugaan supaya kita tidak hanya suka pada keselesaan, bahkan juga selesa dengan kesakitan. Begitulah pentingnya menjaga dan mendidik hati. Hati yang sihat ialah hati yang sentiasa mengingati pemilik-Nya, Ya Allah Ya Rahim. Berbahagialah hati ini bila hidup tanpa membenci. Berbahagialah juga saat kita tidak berbahagia. Kerana apabila ketidakbahagiaan muncul, bahagia tidak pernah meninggalkan kita. Tinggal kita sahaja untuk mengubah cara pandang dan fikiran kita. Bahagia akan menjadi milik kita. Seperti kata Prof. Dr.Muhaya, “Fikiran membentuk emosi, emosi membentuk sikap, sikap membentuk tindakan kita.” Justeru, bersihkanlah fikiran kita dari segala noda agar hati kita terdidik. Bersangka baiklah dengan Allah. Kerana Allah tidak akan sekali-kali menyakitimu, membebanimu dengan sesuatu yang tertanggung oleh keupayaanmu. Berdoalah pada-Nya agar diberi kekuatan dan ketabahan dalam  menikmati teguran dan kasih dari Ilahi. Sesungguhnya semua itu pasti ada ganjarannya.
Bagaimana kita dapat mengubah cara fikir dan cara pandang kita? Ini yang perlu diberi perhatian dari kita semua. Pada waktu timbul sesuatu  yang tidak menyenangkan, kekesalan dan gangguan emosi datang pada kita, sesungguhnya gejolak dan permainan perasaan begitu hebat. Menggoncang kesedaran kita, menggoncang harga diri dan ego kita. Dalam sekelip mata sahaja, kita boleh hilang mood, menjadi garang, dan terasa perubahan raut wajah, hilangnya senyum dari wajah yang tadinya manis, denyut nadi yang tak teratur, membuat hari kita terasa sangat resah dan kacau bilau. Membuat kita secara tidak sedar bahawa perkara  ini TIDAK BAIK, TIDAK BERMANFAAT, MERUGIKAN diri sendiri dan orang lain. Memang susah untuk mengendalikannya, tetapi yakinlah ada satu sisi baik  manusia, yang bila “suara”nya didengari, ia akan dapat menakluk  suasana kacau di dalam hati. Suara dari sisi baik  akan berkata : “Sudahlah… lupakan semua, jangan lagi berperang dengan ketidakpastian dan ketidakjelasan sifat orang lain! Perhatikan diri  sendiri dahulu, kita seharusnya memperbaiki diri sendiri dan menunjukan perubahan ini kepada orang lain sebelum kita menginginkan orang lain berubah untuk kita”
Mengapa suara itu tidak didengar oleh kita? Kerana kita terlalu banyak mendengar suara sisi jahat yang memang  suaranya jauh lebih besar daripada suara sisi baik. Sebaliknya, suara sisi baik memerlukan kesedaran kita untuk mendengarnya, kerana suara itu begitu halus, lembut dan nyaris tidak didengar. Hanya hati yang sedang tenang dapat  mendengarnya. Siramlah kepala yang sedang panas dengan air sejuk, duduk dan renunglah kembali. Mula untuk menjadi pendengar yang baik, maka kita akan lihat  ada pertarungan Si JAHAT dan Si BAIK.  Tajamkan pendengaran kita dan amatilah suara Si Baik. Maka keindahan itu ada di sana. Jawapan dari persoalan hidup ada disana. Kebijaksanaan juga ada disana. Berbahagialah disaat ketidakbahagiaan itu datang, kerana kita akan semakin dewasa, kita dapat semakin bijaksana, belajar mengatasi masalah yang datang dalam diri sendiri, belajar mengatasi semuanya sendiri, dan mengembangkan potensi “pencerahan” di dalam hati..InsyaAllah~
Pesanan terakhirku buat ukhtiku sayang,
“Kamu terlalu cantik dengan hiasan taqwa, tersangat cantik dengan memiliki jiwa yang ikhlas dan redha. Itulah kecantikan yang akan kekal selamanya”
Sekian, wassalam.

1 komentar: